be GRATEFUL..

September 20, 2011



Assalamualaikum. How are you guys now? Alhamdulillah i am doing fine and still in malaysia currently. I just want to jot down my ramblings today. Anyway, I was browsing through the internet and reading my friends blogs just now. It stirs in my mind as i remember thinking over and over again about what mistakes have i made that i have not yet to accomplish anything in my examinations this past few years. I am not being ungrateful. Totally not. I am really happy to just passed the exam but i am kind of feeling frustrated because i felt that my best is not really enough.

Hearing about my friends success and happiness about their achievement in our previous exam made me felt a bit jealous. Not that i have been playing so much that i did not perform in the examination. I did study hard. Till this day, i am still searching why it's so hard for me to gain very good marks. Maybe science is not really my part.

Well, i should not suppose to put the blame on just that. I kept on improvising year after year on my way of studying but i can't get through the barrier of just getting the passing marks to get to another year. That is why it is totally frustrating. But still when i see the marks it kind of lift a little compared to last year. Alhamdulillah, i still improved eventhough it only made a tiniest different in the marks. It shows that maybe i just did not try hard enough. Who knows maybe i will make a big difference this year right. Think positive!

Alhamdulillah and Alhamdulillah, i have not thanked Him enough.I am very grateful to Allah that i am already officially 5th year medical student now. Though it frustrates me when i compare myself to others who are better than me, i am still very grateful of other great things i have gained along the years i spent in Egypt especially my 4th year here.It was totally an amazing year and something i would remember all my life because there' s so many things had happened.

I hope with the new semester around the corner, i will be able to perform better. I hope that i will pass the upcoming hardships i encounter with flying colors. Do pray for me okay~ <3

ALLAH does not change a people´s condition unless they change what is in their hearts…. [13:11]

Nikmat Iman Itu..

September 12, 2011



saat minda alpa
kurang cakna dengan Dia
hati sering meronta-ronta
maksiat dirasakan perkara biasa
jiwa terbiasa dek penangan dunia
nafsu syaitan dikata benar
tuhan malaikat dikata salah

tiada malu saat melangkah
tiada segan saat melihat
tiada salah saat mendengar
perasaan sering kosong
sudah terlalu biasa
iya biasa amat
dengan kelam gelap gelita
sentiasa teraba-raba

usai sedar dari tidur yang lama
mula membuka gerobok buruk
di sudut jiwa paling dalam
kusam lama tak terusik
penuh dedebu kelupaan
kusut dengan sesawang kesesatan

kini jiwa mula terasa
bahang hangatnya dosa
tercari-cari sekelumit cahaya
menadah tangan meminta pada
Duhai Tuhan Yang Esa

manik-manik air mata menyejukkan
rintihan-rintihan mengindahkan
sujud berdiri menghambakan
mengharap kepada keampunan Ilahi

Ya Tuhan semesta alam
Tiada zat lain setinggi Kau
Tiada lain yang berkuasa selain Kau
Tiada pemilik lain jiwa ini melainkan Kau
Kembalikan daku Ya Allah
pada fitrah asal ku
ampunilah dosaku yang menimbun
Tiada lain yang Maha Pengampun
selain Kau Yang Maha Tinggi
Yang Maha Berdiri Dengan Sendiri

syukurilah duhai teman
dengan nikmat iman dan islam
kerna kita kan hilang tanpanya
hanyut dibawa arus kemaksiatan
tenggelam dibuai gelombang dunia
bangunlah dan sedarlah selalu
di mana asal dan peganganmu
serta ke mana tujuan akhirmu..

Siapakah yang Menyahut Rintihan Derita Insan?

Insan itu insan. Terdedah kepada kesusahan dan kesakitan. Terdedah kepada dukacita dan sengsara. Sehebat mana pun dia. Sebesar mana pun pangkatnya. Insan bukan tuhan untuk kebal dari panahan sengsara dan duka. Jika tidak menimpa pada hartanya, menimpa pada tubuhnya. Jika tidak pada tubuhnya, menimpa pada maruahnya. Jika tidak pada maruahnya, pada perasaannya yang derita disebabkan pelbagai punca. Mungkin kehilangan orang yang dicinta, atau dikhianati oleh orang disayangi. Segala mungkin. Itulah hakikat kehidupan insan dan itulah hakikat kehidupan setiap makhluk.

Apabila insan ditimpa derita, dikepung oleh sengsara, dihambat oleh duka, dia akan berusaha mencari tempat bergantung. Mencari dahan berpaut. Mencari teduhan untuk berlindung. Jiwa dan fikirannya melayang dan meraba; kepada siapakah hendak aku mengadu? Siapakah yang boleh menolong daku? Siapakah yang mampu untuk mengeluarkan aku dari kemudaratan ini?


- Gambar Hiasan
Jiwa Hambar
Bagi jiwa insani yang renggang dari Tuhan, jiwa insan yang hambar dari kemanisan iman dan hubungan ruhi dengan ilahi, dia akan terus terbayang penolong itu temannya atau orang besar, atau orang berharta, atau orang berkebolehan yang dirasa dapat membantunya. Jika dia sakit, pertama yang terbayang dalam fikirannya wajah para pengubatnya. Jika dia kesesakan harta, dia terbayang sumber-sumber yang boleh dia dapatkan wang. Jika ditindas, dia terbayang wajah mereka yang berkuasa yang dia rasa dapat membantunya. Demikian seterusnya.
Jiwa, jantung hatinya sentiasa tersangkut dalam alam makhluk. Tergantung dengan yang lemah sepertinya. Berpaut pada yang rapuh kerana disangkakan kukuh. Lalu Allah pun membiarkannya bersama dunianya yang goyah dan harapan sentiasa terdedah kepada kehancuran. Dia terlupa bahawa betapa ramai pesakit yang gagal diubati. Dia terlupa bahawa betapa ramai yang dikhianati oleh orang yang dipercayai. Dia alpa bahawa betapa ramai yang berkuasa gagal menyelamatkan diri sendiri. Bahkan dia lupa betapa ramai yang berharta, berkuasa dan ternama, Allah kepung hidup mereka dengan pelbagai sengsara. Pergantungan yang sangat lemah. Allah mengingatkan manusia tentang hal ini dengan firmanNya: (maksudnya)
“Wahai manusia, diberikan untuk kamu satu perumpamaan, maka dengarlah mengenainya; sesungguhnya mereka yang kamu seru selain dari Allah itu, tidak sama sekali dapat menciptakan seekor lalat pun walaupun mereka berpakat untuk membuatnya; dan jika lalat itu mengambil sesuatu dari mereka, mereka tidak dapat menyelamatkan kembali. (maka) lemahlah yang meminta (untuk ditunai hajatnya), dan lemahlah yang diminta (untuk menunaikan hajat)”. (Surah al-Hajj: ayat 73).
Demikian perumpamaan yang Allah berikan, gambaran kepada mereka yang bergantung dan menyeru selain Allah dalam mengharapkan pertolongan.
Jiwa Mukmin
Adapun jiwa yang bergantung dengan Allah, setiap kali dia ditimpa kesusahan perkara yang pertama dan pantas menerpa ke jantung sanubarinya ialah pertolongan Allah; harapan dan pergantungan kepada Allah, doa, sujud, solat, rintihan di kesunyian malam, istighfar dan seumpamanya yang membolehkan Allah mendengar rintihannya. Teringatlah dia akan firman Allah yang menggambarkan keagungan kekuasaanNya: (maksudnya)
“Siapakah yang dapat menyahut orang yang dalam kemudaratan, tatkala dia berdoa kepadaNya, serta Dia menghilang keburukan?!”. (Surah al-Naml: ayat 62).
Demi sesungguhnya, tiada siapa yang dapat menyahutnya melainkan Allah S.W.T. Keyakinan dan keimanan yang mendalam inilah yang menjadikan doa insan yang bergantung dengan Allah itu pantas diterima. Allah mengeluarkan insan dari kesusahan dengan pelbagai cara dan rupa yang dikehendakiNya. Jarak antara bumi dan langit amat jauh. Masih tidak dapat dihitung oleh manusia. Namun, jaraknya menjadi begitu dekat disebabkan doa yang mustajab dari hamba yang kesusahan. Dengan seruan ‘Ya Allah! Tolonglah daku!’maka pantas ia sampai ke langit dan pertolongan Allah pun datang dengan cara dan kehendakNya.
Tidak Menolak Ikhtiar
Bukanlah bererti insan yang bergantung kepada Allah itu menolak pertolongan makhluk dan tidak berikhtiar dalam menyelesaikan masalah. Namun, segala ikhtiar dan usaha itu dilakukan dalam naungan jiwa dan ruh yang sentiasa bergantung dan menyeru Allah. Pertolongan makhluk hanya ‘sebab’ yang berlaku atas kehidupan duniawi, hakikatnya daripada Allah S.W.T. Al-Hafiz Ibnu Kathir (meninggal 774H) dalam tafsirnya, menyebut riwayat dari Wahab bin Munabbih (tabi’i, seorang yahudi yang telah menganut Islam) pernah berkata:
“Aku pernah membaca dalam kitab terdahulu, bahawa Allah berfirman: “Demi kemuliaanKU, seandainya segala langit dan sesiapa yang ada padanya, bumi dan sesiapa yang ada padanya melakukan rencana jahat terhadap orang yang berpegang denganKU, sesungguhnya AKU akan jadikan untuknya di celahan itu jalan keluar. Sesiapa yang tidak berpegang denganKu, maka sesungguhnya AKU boleh tenggelamkannya ke dalam bumi di bawah kedua kakinya, AKU jadikan dia di awangan (tiada pergantungan) dan AKU biarkan dia kepada dirinya”. (Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-‘Azim, 10/422. Saudi: Dar ‘Alam al-Kutub).
Maksudnya, dalam pelbagai cara Allah boleh menolong hamba yang merintih kepadaNya, dan juga dalam pelbagai cara Allah boleh menjatuhkan hamba yang berpaling dari memanggil kebesaranNya.
Doa Yang Ikhlas
Jiwa yang mengharapkan Allah bukanlah sekadar digambarkan dengan pakaian seseorang, atau gelarannya, atau penampilannya. Sebab itu, jangan tertanya-tanya mengapa Allah membiarkan si fulan sedangkan dia nampak kuat agama? Pertamanya, Allah mungkin menolongnya, sedangkan kita tidak menyedarinya. Atau, mungkin kita tidak tahu apa yang tersimpan dalam dadanya. Allah Yang Maha Mengetahui siapakah dia, jauh atau dekat dia dengan Allah. Betapa ramai yang lidahnya menyebut “Ya Allah, tolonglah daku”, tapi sanubarinya masih terikat dan bergantung kepada makhluk. Bunyi nada suaranya mungkin kedengaran sebak, tetapi tauhid tidak bulat dan penuh ikhlas, maka doanya tidak disahut.
Demikian apabila kita lihat seorang yang mungkin kelihatan ‘biasa’ sahaja, tetapi setiap kali dia menyebut“Ya Allah, tolonglah daku”, pertolongan pantas sampai kepadanya. Ini disebabkan ruhnya yang penuh pergantungan kepada Allah, tanpa sebarang syirik atau harapan kepada selainNya. Ini yang disebut oleh Nabi s.a.w:
“Boleh jadi orang yang kusut masai, berdebu, yang dihalau di pintu (tidak diterima kedatangannya), jika dia bersumpah dengan nama Allah nescaya Allah tunaikan”. (Riwayat Muslim).
Jika insan ikhlas dan membulatkan pergantungan kepada Allah, Allah menerima harapannya, sekalipun dahulunya dia pernah melakukan dosa syirik dan kejahatan pun, Allah tetap akan mendengar rayuan. Dengan syarat dia hendaklah penuh ikhlas kepada Allah ketika doanya. Al-Imam al-Qurtubi (meninggal 671H) dalam tafsir ketika menghuraikan firman Allah tadi: (maksudnya)
“Siapakah yang dapat menyahut orang yang dalam kemudaratan, tatkala dia berdoa kepadaNya, serta Dia menghilang keburukan?!”, dia berkata: “Allah menjamin menyahut orang yang kemudaratan apabila dia berdoa kepadaNya. DIA memberitahu mengenai diriNya. DIA menerima doa orang yang dalam kemudaratan sebabnya keadaan doa ketika dururat (kesusahan yang amat) itu terbit dari keikhlasan, terputus hubungan hati sanubari dengan selain Allah. Bagi keikhlasan itu suatu kedudukan dan jaminan di sisi Allah. Ini boleh ada pada orang mukmin dan kafir, yang taat dan yang jahat.
Persis seperti firman Allah: (maksudnya) “Dialah yang menjalankan kamu di darat dan di laut; sehingga apabila kamu berada dalam dalam bahtera, dan bahtera itu pula bergerak laju membawa penumpang-penumpangnya, dengan tiupan angin yang baik, dan mereka pun bergembira dengannya; tiba-tiba datanglah angin ribut yang kencang, dan datang pula kepada mereka ombak dari segala penjuru, dan mereka percaya bahawa mereka diliputi oleh bahaya; pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadanya (sambil merayu dengan berkata): “Demi sesungguhnya! jika Engkau (Ya Allah) selamatkan kami dari bahaya ini, kami akan menjadi orang-orang Yang bersyukur” (Surah Yunus, ayat 22).
Firman Allah juga: (maksudnya) “Maka apabila mereka naik bahtera (lalu menemui sesuatu bahaya di laut), mereka memohon pertolongan kepada Allah dengan mereka mengikhlaskan kepadaNya agama, kemudian setelah Allah menyelamatkan mereka (naik) ke darat, mereka melakukan syirik kepadaNya” (Surah al-Ankabut, ayat 65).
(kata al-Qurtubi lagi) “DIA menyahut doa mereka ketika darurat dan berlakunya keikhlasan mereka, sedangkan DIA tahu bahawa mereka akan kembali kepada kesyirikan dan kekufuran mereka” (al-Qurtubi, Al-Jami’ li Ahkam al-Quran, 13/223. Beirut: Dar al-Fikr)
Fitrah insani akan memanggil Allah dengan penuh ikhlas apabila dia dalam kesusahan. Sehingga ada yang pernah kufur dan sesat akan kembali ikhlas memanggil Allah dengan penuh keikhlasan apabila dia terdesak –seperti al-Quran gambarkan di atas-. Bagaimanakah seorang muslim gagal untuk mengikhlaskan jiwa memanggil Allah dengan penuh keikhlasan pabila dia dalam kemudaratan?! Bagaimana mungkin insan mencari ‘kabel’ atau saluran pertolongan, merayu dan merintih, mengharap dan meminta kepada selain Allah apabila dia ditimpa kesusahan? Jika dia menyeru Allah dalam kesusahan, mengapakah pula dia gagal mengikhlaskan tauhid dan pergantungan kepadaNYa? Sedangkan Allah menjamin untuk menerima doa penuh ikhlas tanpa syirik daripada hamba-hambaNya yang dalam kemudaratan. Siapakah lagi yang dapat mendengar rintihan kesusahan ini? hanyalah ALLAH, tiada sekutu bagiNya.

MALULAH KAMU KEPADA ALLAH SWT

September 1, 2011





Malu menurut pandangan agama, satu perkara yang mencegah kita dari melakukan sesuatu yang buruk dan mendorong kita melakukan sesuatu yang baik.


Banyak hadith-hadith Rasulullah SAW yang menjelaskan tentang sifat malu ini. Dari Imran bin Hushain, Nabi SAW bersabda yang maksudnya: "Rasa malu tidak datang kecuali dengan membawa kebaikan."


Pada hadith yang lain, Nabi SAW bersabda yang bermaksud : "Malulah kamu kepada Allah dengan malu yang sebenarnya." 
Kami menjawab, " Ya Rasulullah, Alhamdulillah kami merasa malu kepada Allah."
Rasulullah SAW bersabda lagi : "Bukan begitu! Sesungguhnya rasa malu kepada Allah dengan rasa malu yang sebenarnya ialah engkau menjaga kepalamu apa yang dikandungnya, menjaga perutmu apa yang didalamnya dan hendaklah engkau ingat pada kematian dan cubaan."


"Barangsiapa yang mengiginkan akhirat, maka ia harus meninggalkan perhiasan dunia, dan barangsiapa yang telah melakukan demikian, maka dia malu kepada Allah dengan malu yang sebenarnya."


Dari Abu Hurairah , Nabi SAW bersabda maksudnya : " Malu itu sebahagian dari iman, dan iman itu berada dalam syurga, sementara kata kotor dan buruk sebahagian dari sia-sia, dan sia-sia itu sebahagiannya berada dalam neraka."


Dari Umamah Nabi SAW bersabda maksudnya : " Rasa malu sedikit bercakap (yang disertai dengan banyak perbuatan) adalah dua cabang dari keimanan, sedang kata-kata kotor dan banyak bicara (tanpa serta perbuatan) adalah dua cabang dari kemunafikan."


Hadith-hadith yang di atas adalah diriwayatkan Muslim, Bukhari, Abu Dawud dan Ahmad.


Adapun bunyi lengkapnya adalah sebagai berikut : "Dari Ibnu Mas'ud r.a dari Nabi SAW yang bersabda maksudnya : " Sesungguhnya di antara perkataan kenabian yang  terutama yang di dengar manusia ialah : " Jika engkau tidak malu , maka lakukan apa engkau mahu."


Erti Hadith ini ialah bahawa jika seseorang kehilangan rasa malunya maka dia telah kehilangan nuraninya dan apa yang telah menjadi pengawas dan menjaga dirinya. Dengan itu. dia pun akan kehilangan sopan santun dan malu dari dirinya.


"Dengan begitu dia pun akan melakukan segala kemungkaran dan dosa besar yang dia inginkan. Setelah kehilangan rasda malunya, tidak ada lagi yang mencegahnya dari melakukan perbuatan dosanya. Pada saat yang sama, sabda Rasulullah SAW ini juga merupakan satu bentuk peringatan dan ancaman.


Ini sebagaimana ingatan Allah SWT yang berbunyi : " Perbuatlah apa yang kamu kehendaki." Surah Al-Fushilat: 40.


Pada ayat yang lain Allah juga berfirman dengan nada ancaman : " Maka barangsiapa yang ingin beriman maka berimanlah, dan barangsiapa yang ingin kafir maka biarlah ia kafir." Surah Al-Kahfi: 29.


Begitulah penting sifat malu bagi diri seseorang. Kalau sudah hilang sifat malu, akan hilanglah segala-galanya. Beringatlah kita!

a story of an old woman and the prophet Muhammad SAW~