banyak bercakap?

November 18, 2011





Assalamualaikum. Izzaik ya habibti? Moga-moga semua sihat-sihat sahaja. Lama x menjengahkan diri ke blog ni. Alhamdulillah hari ni, dikurniakan oleh Allah sedikit kelapangan untuk berkongsi tentang hasil pembacaan saya.


Sahabat banyak bercakap? Ego untuk menerima pendapat orang lain? Hindarilah pertengkaran dan sikap berbantah-bantah kerana ia merupakan bencana besar bagi ilmu dan bahan bakar bagi permusuhan.Sesiapa yang meninggalkan perdebatan maka dia berhak mendapatkan tempat kediaman di pusat syurga. Antara tempat yang sering ialah majlis-majlis ilmu iaitu perdebatan dalam permasalahan agama. Maka seharuslah kita sebagai umat islam yang kurang fakih dan belum sampai tahap nazar perlulah merujuk pada yang lebih arif daripada berbincang sesama sendiri hingga membawa kepada pertengkaran.


As-Syahid Imam Hassan Al-Banna ada menyebut dalam Usul 20 iaitu 
"Perselisihan pendapat dalam masalah cabang hukum fikah tidaklah menjadi sebab perpecahan dalam agama. Ia sepatutnya tidak menjadi sebab perbalahan dan permusuhan, kerana setiap orang yang berijtihad diganjari pahala. Tidaklah dilarang melakukan penyelidikan (melalui perbincangan) dalam masalah khilafiah jika bertujuan mencapai hakikat, dengan syarat perbincangan itu hendaklah di atas dasar mahabbah dan kasih sayang kerana Allah, serta bekerjasama untuk mencari kebenaran dan hakikat dengan tidak membawa kepada pertengkaran yang tercela dan taasub."


Antara nasihat-nasihat yang boleh diambil untuk menjadi pendengar yang baik ialah:

  1. Berhenti dari terlalu banyak bicara!
  2. Berusaha membuat lawan bicara sahabat suka berkomunikasi dengan sahabat dengan memberinya kesempatan untuk berkata-kata.
  3. Perlihatkan sikap yang sahabat senang atau tertarik bercakap-cakap dengannya melalui posisi, raut wajah serta tindak tanduk sahabat yang baik.
  4. Sahabat boleh saja mencatat pokok-pokok fikiran atau ucapan lawan bicara sahabat ketika dia sedang berbicara.
  5. Berusahalah untuk meletakkan diri sahabat seakan-akan juga berada pada posisinya sehingga sahabat lebih mampu meresapi perasaannya serta memahami pandangan-pandangan yang dikemukakan.
  6. Bersikap sabarlah dan berikan kesempatan yang cukup kepada lawan bicara untuk dia berbicara.Jangan memotong kata-katanya.
  7. Berusahalah untuk tetap tenang kerana kegelisahan atau kemarahan hanya akan membuat seseorang itu keliru dalam memahami kata-kata orang lain,sama ada sengaja atau tidak.
  8. Terimalah sanggahan atau kritikan yang dilontarkan oleh lawan bicara dengan berlapang dada.
  9. Ikuti dengan saksama sikap dan tindak tanduk lawan bicara sahabat, begitu juga dengan intonasi mahupun mahupun ekspresi wajahnya.
  10. Pergunakan komen-komen yang menurut sahabat dapat menjadikan dialog lebih menarik dan menimbulkan minat.
  11. Luaskanlah cakerawala keilmuan sahabat sehingga sahabat memiliki pengetahuan yang memadai tentang topik yang dibicarakan atau setidaknya nada mengerti kedudukan permasalahannya secara umum.
  12. Sedapat mungkin hindari mengucap "TIDAK"
  13. Berhati-hati dalam ungkapan "Anda salah"
  14. Jika sahabat ingin mengingati sekumpulan nama-nama individu yang tidak saling bersangkutan, maka gunakanlah rangkaian makna di antara nama-nama itu dengan mengaitkannya satu sama lain dengan ikatan yang membantu untuk mengingatnya sekaligus.
Beringat-ingatlah untuk tidak terlalu banyak bicara dan fungsikanlah telinga sahabat dengan sebaik-baiknya untuk mendengarkan kata-kata orang lain. Sahabat-sahabat memiliki satu lidah dan dua telinga. Oleh itu, organ untuk mendengar telah Allah ciptakan lebih banyak daripada organ untuk berkata-kata. Oleh itu,jika ingin diandaikan berbicara itu umpama perak maka diam itu ibarat emas. Beringatlah sesungguhnya kata-kata yang belum terucap dari lidah maka ia berada di dalam kekuasaan sahabat tapi jika ia telah diucapkan maka sahabatlah yang dikuasainya.

Ingatlah pesan Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang banyak bercakap banyaklah kesalahannya, sesiapa yang banyak kesalahannya banyaklah dosanya dan siapa yang banyak dosanya, api nerakalah paling layak untuk dirinya." (Diriwayatkan oleh Baihaqi)


rujukan : 
Jadilah Wanita yang Terpuji Dunia & Akhirat ( Dr Akram Ridha )
Usul 20 ( Imam As-Syahid Hassan Al-Banna )

0 comments:

Post a Comment

a story of an old woman and the prophet Muhammad SAW~