Lantaran takut amalnya kurang

March 15, 2011

Di zaman hidupnya,Rasulullah SAW ada seorang wanita yang terkenal bernama Asma binti Yazid dari golongan Ansar. Wanita ini amat terkenal sekali kerana sikapnya yang membela kaum sejenisnya iaitu kaum wanita. Bagaimanapun beliau membela dari segi yang hak dan benar.Beliau hanya seorang wanita biasa sahaja,tetapi kerana sikapnya yang berani lagi kuat berusaha,beliau menjadi terkenal.Disenangi dan dihormati oleh masyarakatnya,malah Nabi SAW dan para sahabat pun turut menghormatinya juga.

Pada suatu hari,Asma datang berjumpa Rasulullah SAW tatkala bagind sedang berkumpul dengan para sahabat. Di depan Nabi,Asma berkata;
" Wahai Rasulullah! Saya ini adalah utusan wanita-wanita di sini."kemudian beliau melanjutkan percakapan.

Asma menerangkan tentang tanggungjawab berat yang dipikul oleh kaum wanita. Mereka itu pada pendapatnya hanya terkongkong di rumah sahaja,menjaga rumah dan menderita ketika hamil.Kaum lelaki nampak tinggi darjatnya seakn-akan lebih mulia dari wanita. Mereka pergi Solat Jumaat, jemaah, mengunjungi orang sakit dan menghantar jenazah. Yang lebih utama lagi kelebihan lelaki menurutnya ialah berperang di jalan Allah.Bila laki pergi menunaikan haji dan berjihad,maka wanita yang menjaga harta dan menjahit pakaian serta mendidik anak.

Semuanya dihuraikan dengan panjang lebar oleh Asma dalam membayangkan kesedihan kaumnya.Seakan-akan kaum lelaki diberi kelapangan beramal,lebih banyak peluang berbuat maaruf sehingga nantinya lelaki perolehi pahala yang lebih di sisi Allah SWT. dari kaum wanita.

"Apakah kami tidak boleh menyertai kaum lelaki dalam membuat amal maaruf agar peroleh pahala yang sama banyaknya?"demikian Asma menutup pembicaraannya.

Dari pengaduannya itu fahamlah Rasulullah SAW betapa besarnya semangat ingin beramal dan melakukan kebajikan dikalangan kaum wanita islam.Mereka seakan-akan khuatir kurang pahalanya dari kaum lelaki,justeru kesempatan untuk berbuat amal dirasakan tidak seluas terbuka kepada mereka sebagaimana kaum lelaki.

"Adakah kalian pernah mendengar tentang wanita yang lebih baik halnya di dalam urusan agamanya dari wanita ini?"demikian Nabi bertanya kepada sahabat baginda.

"Tidak kami duga bahawa seorang wanita diberi hidayah Allah seperti Asma ini",sahut para sahabat.

Sambil tersenyum kepada Asma,maka berkatalah Rasulullah SAW;
"Wahai wanita yang beriman!"Nabi SAW berbicara,lalu menyambung;

"Terangkanlah kepada kaummu itu bahawa sesungguhnya berlaku baik serta taat pada suami,hidup suka menyukai,turut memperturutkan semuanya adalah sama pahalanya dengan amal kaum lelaki."

Asma mendengar dengan tenang sekali dan setelah selesai Nabi SAW memberi penerangan, maka Asma pun meninggalkan tempt itu.Ternyata beliau gembira sekali dengan penjelasan Nabi SAW.Beliau kembali menemui wanita arab untuk memberitahu mereka apa yang telah dijelaskan oleh Nabi SAW sebentar tadi.Semua wanita mendengar dengan gembira kerana barulah mereka sedar betapa luasnya pengajaran islam.

Inilah usaha Asma dengan keberaniannya.Beliau berani menanyakan kepada yang paling tinggi,iaitu Nabi SAW sendiri.Akhirnya Asma diberi gelaran 'Rasulun nisa' iaitu utusan istimewa wanita arab kepada Nabi hinggakan semua penduduk kenal padanya.

Dari kisah ini,kita bolehlah mengambil ibrah bahawa kaum wanita tidak perlu malu untuk bertanya kepada guru walaupun guru tersebut ialah seorang lelaki dan dalam kisah ini juga muncul persoalan berkenaan ketidaksamaan antara wanita dan lelaki.Allah Maha bijaksana mengaturkan perempuan itu bekerja sesuai dengan kudratnya dan pahalanya juga tidak akan berkurang dari lelaki jika kaum hawa itu berusaha untuk melaksanakan ketaatan kepadaNya.

Kalau kita lihat di zaman ini isu persamaan hak yang timbul yang datangnya dari barat sebenarnya diajukan oleh golongan yang kurang mendalami islam kerana jika mereka meneliti dan mengambil pengajaran dari kisah-kisah terdahulu insyaAllah persoalan mereka akan terjawab serta tidak akan timbul sikap untuk terikut-ikut dengan perkara yang diperjuangkan oleh orang-orang barat.Saya sendiri apabila berkesempatan ke sana dapat melihat isu persamaan hak yang sangat dititikberatkan membuatkan kebanyakan orang barat menjadi kurang beradab.Mereka tidak lagi memberi tempat duduk pada yang kurang upaya,pada wanita yang hamil dan wanita-wanita kerana beranggapan yang kaum wanita dan kaum lelaki ialah sama dan tidak perlu diberi hak yang lebih.

Oleh itu,kita hendaklah bersyukur dengan nikmat iman dan islam yang telah Allah anugerahkan kepada kita.Itu sahaja untuk entry kali ini..=)=)

mari berselawat~=)

March 10, 2011

JUST REMEMBER

March 9, 2011


When things are down And you are out of your mind 
Just Remember Allah is The Kind.


When your life is in darkness And nothing is right 
Just Remember Through the darkness, Allah is The Light.


When nothing makes sense And your heading for demise 
Just Remember It doesn't make sense, but Allah is The Wise.


When times are troubled And no one seems to care 
Just Remember Allah won't hurt you, He is The Fair.


When your heart is breaking And your pain makes you fall 
Just Remember Allah Sees it all.


When you are weak And the road seems long 
Just Remember Seek strength from The Strong.


When life is a burden And everything is unstable 
Just Remember Allah is The Able.


When the way is cloudy And there is no one by your side
Just Remember Allah is The Only Guide.


When no one wants to listen Or is willing to lend an ear
Just Remember Allah is always ready to hear.


When you are poor and penniless And you are stuck in a niche 
Just Remember Allah is The Rich.


When you are down in your misery And there is nowhere to run 
Just Remember You can always run to The One.


When your all alone And your pain has no end 

Just Remember Allah is the only one you can depend.


And when your scars are hurting And your heart is in fear

Just Remember Allah is really here




holidays ke??

assalamualaikum..apa kaba semua? alhamdulillah dah nak dekat sebulan sejak operasi OPS PIRAMID dijalankan dan selama itulah juga saya ada di rumah..duduk di rumh tanpa berbuat apa-apa memang terasa melemaskan..bangun pagi seusai solat subuh saya menolong umi di dapur untuk membuat sarapan dan kemudian melihat adik-adik bersiap untuk ke sekolah masing-masing sambil itu tv akan dipasang menayangkan siaran 501(BERITA AWANI) kalau tidak adik-adik akan menukar rancangan kartun.sempat lagi kan??haha..sesudah mereka semua melangkah keluar saya mula lah mengemas rumah..basuh baju..sidai kain..sapu sampah..keluarkan barang mentah untuk masak tengah hari.

pastu..mula lah termenung..xtau nak wat ape..pastu minggu kedua mula berminat dengan buku-buku di almari..tapi saya ada satu perangaila..suka ambil dulu tajuk-tajuk yang macam suka dibaca..kalau dah pilih-pilih tu tak sah kalau tak dalam 10-15 buku..haha..letak kat luar..pastu ambil satu baca dari buku yang dah dipilih tu..tapi masalah lagi satu pulak timbul..cepat bosan..tak habis baca buku ni..pergi buka buku lain pula..setakat ni yang betul-betul habis baca pun baru dua buku..yang lain baca sikit-sikit..tutup balik..teruk kan..ish3..(padahal buku-buku yang dipilih takdelah tebal mana)

tapi alhamdulillah dalam buku yang saya sudah baca tu..banyak juga input yang saya dapat.tapi buku-buku tu rasa-rasa kalau beritahu tajuk kat sini boleh jadi kontroversi plak..tapi saya rasa buku tu memang patut baca sebab umur dah memang patut mengundi dan patut ada kefahaman tu..(faham-faham la buku apa..)

sekarang ni tengah cuba nak baca buku 'Menuju Ketakwaan' karangan Abdullah Nasih 'Ulwan..harap-harap saya dapat menggagahkan diri untuk menghabiskannya.lagi-lagi dengan ketiadaan buku akademik untuk dibaca ni.nak ulangkaji kene bersengkang mata depan skrin laptop..jadinya masa untuk study akademik selalu jadi 30-40 minit je satu-satu masa..camne tu..(ngadap facebook semangat.??ish2 nabila..)


anyway, dalam salah satu buku yang saya baca tu ada satu hadith yang menarik perhatian saya,
"Awasilah! Setiap kamu adalah pengembala dan kamu bertanggungjawab terhadap apa yang kamu gembalakan."


Betapa besarnya amanah seorang manusia yang hidup atas muka bumi ini.yelah..takkan Allah nak jadikan kita khalifah dan takkan dipersoalkan kita atas apa amanah kita dan tanggungjawab kita atas muka bumi ini kan? kalaulah gunung dan makhluk-makhluk di bumi puntakut dan tak sanggup memegangnya..maka kita sendiri perlu sedarlah betapa besarnya mandat yang telah Allah berikan pada kita..terutamanya pada yang berharta dan berpangkat.setiap wang yang dikeluarkan dan setiap arahan akan dipersoalkan..nikmat hidup tu besar kan kawan-kawan tapi jangan lupa mensyukuri dan menggunakan nikmat-nikmat itu ke jalan yang benar..ingatlah kita selaku umat islam yang percaya dan beriman dengan hari akhirat tahu bahawa setiap perbuatan walau sebesar zarah sekalipun akan ada pembalasannya.

sekarang,satu-satu kawan dah bertolak pulang ke Mansurah..tapi urusan kepulangan saya tidak selesai-selesai lagi..moga Allah permudahkan urusan saya dan rakan-rakan agar dapat menyambung pelajaran semula dengan aman di mesir.rabbuna yusahhil..

pastu sekarang baru lepas musim tengkujuh jadi macam-macam pula penyakit yang datang..adik-adik saya satu persatu mula batuk-batuk dan demam.syafakillah ya ukhti.yang penting kita percaya dengan janji Allah..

"Barangsiapa yang Allah menghendaki kebaikan padanya, maka Allah menimpakan kepadanya musibah."(HR. Bukhari)


Rasulullah –Shallallaahu 'Alaihi Wa 'Ala Alihi Wa Sallam bersabda: "Tidaklah seorang muslim ditimpa rasa lelah, sakit, kegundahan, kesedihan, gangguan dan kesulitan, hingga duri yang mengenainya, kecuali Allah akan menghapuskan dosa-dosanya dengannya."
(HR. Bukhari dan Muslim).



okey..itu je untuk setakat ni..ada masa saya akan menulis lagi insyaAllah..salam perjuangan~ =)

Good Manners and Form(ADAB)

March 7, 2011

Narrated Al-Walid bin 'Aizar: 

I heard Abi Amr 'Ash-Shaibani saying, "The owner of this house." he pointed to 'Abdullah's house, "said, 'I asked the Prophet 'Which deed is loved most by Allah?" He replied, 'To offer prayers at their early (very first) stated times.' " 'Abdullah asked, "What is the next (in goodness)?" The Prophet said, "To be good and dutiful to one's parents," 'Abdullah asked, "What is the next (in goodness)?" The Prophet said, To participate in Jihad for Allah's Cause." 'Abdullah added, "The Prophet narrated to me these three things, and if I had asked more, he would have told me more." 

Hadith riwayat Bukhari..

KELEBIHAN HUZAIFAH BIN YAMAN

March 4, 2011

Huzaifah Al-Yamani adalah salah seorang sahabat Rasulullah SAW yang terkemuka. Kepadanya Rasulullah SAW telah memberikan suatu ilmu yang khusus untuk mengenali orang-orang yang munfik serta sifat-sifatnya yang tersembunyi. Huzaifah adalah salah seorang sahabat Rasulullah yang utama.Beliaulah yang pertama kali menyampaikan ilmu yang kemudian hari dikenali dengan nama ilmu tasawuf. Dalam hubungan ilmu ini, Huzaifah lah orang yang membuka jalan serta teori-teori ilmu tersebut.

Ada orang berkata kepada Huzaifah, " Kami lihat Tuan mengeluarkan kata-kata yang tidak pernah kami dengar dari salah seorang sahabat rasul yang lain. Ingin kami tanya dari manakah tuan memperolehinya?"

Maka jawab beliau, " Rasulullah SAW telah menentukannya kepadaku.Orang banyak bertanyakan Rasulullah SAW dari hal-hal yang baik, tapi aku menanyai baginda dari hal yang jahat, apa yang jahat itu dengan maksud agar mengetahuinya supaya aku dapat menjauhkan diri daripadanya. Sedang mengenai yang baik-baik aku tidak takut akan ketinggalan mengerjakannya.Sungguh siapa yang tidak mengenal kejahatan maka tidak akan mengenal kebaikan," demikian kata Huzaifah bin Yaman.

Dalam keterangannya yang lain,beliau diriwayatkan sebagai berkata," Banyak orang bertanya Nabi apa pahala mengerjakan itu dan ini.Mereka menanyai Rasul SAW darihal fadhilat-fadhilat amalan, tapi aku selalu bertanya Rasulullah apa yang merosakkan amalan itu dan ini seraya menanyakan pelbagai perbuatan yang akan merosakkan amalan-amalan."

Seorang ulama' terkenal pernah mengatakan bahawa Huzaifah Al-Yamani telah ditentukan mempunyai ilmu mengenai orang munafik. Beliau sendiri yang khusus mempunyai pengetahuan tentang sifat-sifat munafik, rahsia-rahsia yng ilmu dan faham-faham yang halus, dan mempunyai ilmu tentang keyakinan-keyakinan tersembunyi antara para sahabat Rasulullah SAW. Misalnya Saidina Umar Al-Khattab enggan menyembahyangkan jenzah seseorang yang kalau dilihatnya Huzaifah tidak turut menyembahyangkannya. Inilah kelebihan Huzaifah Al-Yamani,beliau mempunyai pengetahuan-pengetahuan tentang ilmu batin hingga beliau tahu siapa yang munafik dan siapa yang tidak..

MUHASABAH DIRI..

March 2, 2011

Dengan menjadi penyambung lidah para Nabi,
Muballigh atau daie menyeru manusia kepada Allah,
Laksana pelita dalam kelam alam pancaindera,
meneruskan sinarnya di malam tenang
dan dalam tiupan ribut taufan.
Tidak dilupainya kewajiban atas dirinya sendiri,
Wajahnya membayangkan kesan ibadah dan ketulusan hati..

Hai tapi aku ini..
Berapalah lama aku di Padang Fana,
menghirup nikmatnya yang segera menghilang,
sedangkan gema Hari Pertimbangan kian kuat menggaung,
kafilah Solehin sudah bersiap sedia,
Menuju fajar yang hampir tiba,
Untuk menemui Dia..
Aku pula bagaimana?



Remembrance of Allah The Almighty~

Abu Huraira reported Allah's Messenger (may peace be upon him) as saying that Allah, the Exalted and Glorious, thus stated: I am near to the thought of My servant as he thinks about Me, and I am with him as he remembers Me. And if he remembers Me in his heart, I also remember him in My Heart, and if he remembers Me in assembly I remember him in assembly, better than his (remembrance), and if he draws near Me by the span of a palm, I draw near him by the cubit, and if he draws near Me by the cubit I draw near him by the space (covered by) two hands. And if he walks towards Me, I rush towards him.

Hadith narrated by Muslim..


enjoy the video~

March 1, 2011

MAHER ZAIN - THE CHOSEN ONE

MENYAYANGI ANAK MUJAHID



Berbuat baik kepada anak yatim merupakan satu amal yang sangat besar pahalanya di sisi Allah SWT.Tatkala Jaafar bin Abu Talib gugur sebagai seorang syuhada islam beliau telah meninggalkan beberapa orang anak.Rasulullah SAW segera menuju ke rumah Jaafar dengan perasaan penuh terharu mengenangkan balu serta anak-anaknya yang telah yatim.Apalagi antara Rasulullah SAW dan Jaafar terikat dalam satu kekeluargaan yang rapat.Sebab Jaafar adalah saudara Ali bin Abi talib,anak bapa saudara nabi iaitu Abu Talib.

Sesungguhnya jasa Jaafr bin Abu Talib sangat besar sekali terhadp islam.Waktu kaum muslimin berhijrah ke Habsyah ditanyai Raja Najasy,Jaafarlah yang menggambarkan islam kepada baginda.Kata-katany sangat bermakna,menckupi prinsip-prinsip islam sehingga Najasy tertarik mendengarkannya.Akhirnya kaum muslimin yang berhijrah diperlakukan dengan baik,sedang mula-mulanya orang-orang Quraisy berusaha agar Najasy mengusir mereka.

Kini Jaafar meninggal dalam perang Mut'ah sebagai syuhada yang berani bersama Zaid bin Harithah dan Abdullah bin Rawahah.Suasana berkabung meliputi Madinah waktu itu.

Demikianlah Nabi SAW menuju ke rumah keluarga Jaafar untuk menemui keluarganya.Waktu itu sudah beberapa hari Jaafar meninggal dan telah dimakamkan sebagai pahlawan syahid.Sebelum itu Rasulullah SAW telah menganjurkan kaum muslimin mengirim mkanan ke rumah Jaafar.

"Bikinlah makanan untuk keuarga Jaafar kerana mereka sedang merasakan kesedihan batin,"demikian kata-kata Nabi.

Keluarga Jaafar menyambut kedatangan Rasulullah SAW dengan penuh rasa hormat.

"Sesudah hari ini janganlah kamu menitiskan air mata lagi kerana meninggalnya saudaraku,Jaafar,"kata Rasul SAW.

"Bawalah ke mari semua anak-anaknya,"kata rasul selanjutnya.
Datanglah semua anak Jaafar yang telah yatim itu;

"Panggillah tukang gunting," kata Nabi SAW setelah melihat anak-anak Jaafar berada di depan baginda.Rupanya baginda melihat rambut mereka telah panjang dan harus digunting.Akhirnya setelah tukang gunting datang maka semua anak itu selesi diguntingnya rambut mereka.Kemudian Nabi SAW berjenaka dengan mereka untuk menghiburkan mereka sebagai anak yatim.

"Muhammad serupa benar dengan bapa saudara kita,Abu Talib sedang Abdullah serupa bentuk tingkah lakunya dengan aku,"kata Nabi.

Kemudian baginda memegang tangan Abdullah seraya mengangkatnya lalu berdoa ,"Ya Allah,lhirlah pengganti Jaafar dalam keluarganya dan berkahilah Abdullah ini dalam urusan hidupnya."

Tiba-tiba isteri Jaafar mengeluh kepada Nabi SAW memikirkan nasib anak-anaknya buat masa yang akan datang.Sekarang dialah yang memikul tanggungjawab kerana ayahnya sudah meninggal.

Nabi SAW mengerti apa yang disedihkan oleh isteri Jaafar.

"Kemiskinankah yang engkau bimbangkan terhadap anak-anak ini,akulah wali mereka dunia akhirat,"demikian kata-kata tegas Nabi SAW.

Sungguh menyeukkan sekali kata-kata Nabi SAW bagi keluarga Jaafar dalam memikirkan masa depan.Kini Nabi AW sendiri telah menjamin segala-gala itu dengan sebaik-baiknya.Alangkah murninya Nabi Muhammad SAW!

Waktu Nabi SAW meninggalkan keluarga ini mereka melepaskan dengan hati yang gembira walau dalam suasana kesedihan akibat berpisah dengan Jaafar.Tentu kita mengerti benar betapa Rasulullah SAW menyayangi anak-anak,apalagi anak yatim.Baginda kunungi rumahnya,berkelakar dengan mereka untuk meringankan kesedihan hati.Apalagi menghilangkan kebimbangan yang ada akibat dari kehilangan orang tuanya.Tauladan yang baik ini haruslah kita contohi bersama-sama iaitu menyejukkan hati orang yang ditimpa musibah dan janganlah kite sesekali memberatkannya lagi.Wallahua'lam.
a story of an old woman and the prophet Muhammad SAW~