MENYAYANGI ANAK MUJAHID

March 1, 2011



Berbuat baik kepada anak yatim merupakan satu amal yang sangat besar pahalanya di sisi Allah SWT.Tatkala Jaafar bin Abu Talib gugur sebagai seorang syuhada islam beliau telah meninggalkan beberapa orang anak.Rasulullah SAW segera menuju ke rumah Jaafar dengan perasaan penuh terharu mengenangkan balu serta anak-anaknya yang telah yatim.Apalagi antara Rasulullah SAW dan Jaafar terikat dalam satu kekeluargaan yang rapat.Sebab Jaafar adalah saudara Ali bin Abi talib,anak bapa saudara nabi iaitu Abu Talib.

Sesungguhnya jasa Jaafr bin Abu Talib sangat besar sekali terhadp islam.Waktu kaum muslimin berhijrah ke Habsyah ditanyai Raja Najasy,Jaafarlah yang menggambarkan islam kepada baginda.Kata-katany sangat bermakna,menckupi prinsip-prinsip islam sehingga Najasy tertarik mendengarkannya.Akhirnya kaum muslimin yang berhijrah diperlakukan dengan baik,sedang mula-mulanya orang-orang Quraisy berusaha agar Najasy mengusir mereka.

Kini Jaafar meninggal dalam perang Mut'ah sebagai syuhada yang berani bersama Zaid bin Harithah dan Abdullah bin Rawahah.Suasana berkabung meliputi Madinah waktu itu.

Demikianlah Nabi SAW menuju ke rumah keluarga Jaafar untuk menemui keluarganya.Waktu itu sudah beberapa hari Jaafar meninggal dan telah dimakamkan sebagai pahlawan syahid.Sebelum itu Rasulullah SAW telah menganjurkan kaum muslimin mengirim mkanan ke rumah Jaafar.

"Bikinlah makanan untuk keuarga Jaafar kerana mereka sedang merasakan kesedihan batin,"demikian kata-kata Nabi.

Keluarga Jaafar menyambut kedatangan Rasulullah SAW dengan penuh rasa hormat.

"Sesudah hari ini janganlah kamu menitiskan air mata lagi kerana meninggalnya saudaraku,Jaafar,"kata Rasul SAW.

"Bawalah ke mari semua anak-anaknya,"kata rasul selanjutnya.
Datanglah semua anak Jaafar yang telah yatim itu;

"Panggillah tukang gunting," kata Nabi SAW setelah melihat anak-anak Jaafar berada di depan baginda.Rupanya baginda melihat rambut mereka telah panjang dan harus digunting.Akhirnya setelah tukang gunting datang maka semua anak itu selesi diguntingnya rambut mereka.Kemudian Nabi SAW berjenaka dengan mereka untuk menghiburkan mereka sebagai anak yatim.

"Muhammad serupa benar dengan bapa saudara kita,Abu Talib sedang Abdullah serupa bentuk tingkah lakunya dengan aku,"kata Nabi.

Kemudian baginda memegang tangan Abdullah seraya mengangkatnya lalu berdoa ,"Ya Allah,lhirlah pengganti Jaafar dalam keluarganya dan berkahilah Abdullah ini dalam urusan hidupnya."

Tiba-tiba isteri Jaafar mengeluh kepada Nabi SAW memikirkan nasib anak-anaknya buat masa yang akan datang.Sekarang dialah yang memikul tanggungjawab kerana ayahnya sudah meninggal.

Nabi SAW mengerti apa yang disedihkan oleh isteri Jaafar.

"Kemiskinankah yang engkau bimbangkan terhadap anak-anak ini,akulah wali mereka dunia akhirat,"demikian kata-kata tegas Nabi SAW.

Sungguh menyeukkan sekali kata-kata Nabi SAW bagi keluarga Jaafar dalam memikirkan masa depan.Kini Nabi AW sendiri telah menjamin segala-gala itu dengan sebaik-baiknya.Alangkah murninya Nabi Muhammad SAW!

Waktu Nabi SAW meninggalkan keluarga ini mereka melepaskan dengan hati yang gembira walau dalam suasana kesedihan akibat berpisah dengan Jaafar.Tentu kita mengerti benar betapa Rasulullah SAW menyayangi anak-anak,apalagi anak yatim.Baginda kunungi rumahnya,berkelakar dengan mereka untuk meringankan kesedihan hati.Apalagi menghilangkan kebimbangan yang ada akibat dari kehilangan orang tuanya.Tauladan yang baik ini haruslah kita contohi bersama-sama iaitu menyejukkan hati orang yang ditimpa musibah dan janganlah kite sesekali memberatkannya lagi.Wallahua'lam.

0 comments:

Post a Comment

a story of an old woman and the prophet Muhammad SAW~