WALI YANG MEMBANTU PEROMPAK

February 28, 2011



Di kota Baghdad di zaman dahulu hidup seorang perompak yang terkenal.Hidupnya hanya dengan hasil rompakan sahaja.Tidak seorang pun yang berupaya mencegahnya dari perbuatan kejinya itu.

Pada suatu malam, perompak ini telah berjaya memasuki sebuah rumah. Sangkanya ia akan dapat mengambil seberapa banyak barang yang ada di rumah itu.Tetapi malangnya, sangkaan itu meleset.Ia tidak menjumpai suatu  barang pun yang dikatakan berharga.Apa yang dilihatnya ialah beberpa bungkusan yang berisi kain baju.Maka ia pun mengumpulkan bungkusan-bungkusan kain itu untuk dibawanya lari keluar.Tidak lama kemudian ia berasa penat lalu dia berehat sebentar.Pada ketika ia hampir tidur,ia terdengar bunyi orang masuk ke dalam rumah itu.Ia dapati seorang tua masuk ke dalam sambil memegang sebuah lampu di tangannya.

Pada mulanya perompak itu merasa takut.Tetapi apabila ia mendapati orang tua itu sangat baik dan bercakap dengan lemah lembut dan berjanji untuk menolongnya mengangkat bungkusan kain itu maka barulah ia berasa tenang.

Kata orang tua itu;
"Bungkusan kain baju ini tidak boleh engkau angkat seorang sahaja,mari kita jadikan dua bungkusan.Kemudian engkau pikul satu bungkusan dan aku pikul yang satu lagi".
Maka berkata pencuri itu pula;
"Baiklah,tetapi biarlah aku memikul bungkusan yang lebih besar kerana bukankah aku yang mula-mula masuk di rumah ini?"
"Baiklah",sahut orang tua itu lalu mereka pun keluar dri rumah itu. Setelah berjalan dengan agak lama,orang tua itupun merasa penat memikul bungkusan berat itu.Ia hanya berjalan perlahan-lahan sahaja.Melihat keadaan orang tua itu,lelaki itu pun menengkingnya;
"Hai orang tua!Cepatlah berjalan.Kita mesti sampai sebelum matahari naik,jika tidak kita akan tertangkap."

Tanpa menghiraukan keadaan orang tua itu lelaki itu berjalan dengan lebih pantas lagi.Orang tua itu cuba mengejarnya tpi tidak terdaya sama sekali.Bahkan kerapkali ia terjatuh sambil memikul bungkusan berat itu.Bagaimanapun mereka berdua pun khirnya sampailah jua ke tempat persembunyian pencuri itu.

Maka berkatalah pencuri itu;
"Sekarang kita telah pun sampai.Orang tua kau bolehlah ambil bahagian kau dan pergi dari sini."
Sambil merenung pencuri itu,orang tua itu lalu berkata;
"Hai anak muda!Ambillah kau barang ini.Aku tak mahu ini semua.Rumah yang kau masuk itu adalah rumah aku.Aku rasa kau tentulah begitu miskin hingga terpaksa membuat kerja mencuri ini.Aku harap barang-barang ini boleh meringankan sedikit hidup kau tu.Sekarang engkau telahpun tahu rumah aku,sudi-sudilah engkau datang lagi jika kau perlukan bantuan!"

Setelah orang tua itu pergi dari situ,pencuri itu menjadi tercengang-cengang,seolah-olah tidak percaya dengan perkara yang baru sahaja terjadi sebentar tadi.Dia begitu hairan memikirkan kebaikan orang tua yang luarbiasa itu.Ganjil sekali pada fikirannya.Dia berkata-kata dalam hatinya sendiri;
"Apakah mungkin terdapat orang seperti itu?Aku telah memasuki rumahnya lalu mencuri barang-barangnya lalu dia pula datang menolongku membawa barang-barang itu bersama keluar dari rumahnya.Setelah aku ditolong dia menjemput pula aku datang ke rumahnya jika aku perlukan bantuannya lagi.Ah,memang aneh sungguh!"

Tidak lama selepas itu,pencuri itu datang sekali lagi ke rumah orang tua itu.Di luar rumah pemuda itu menemui seorng pemotong kayu lalu dia bertanya;
"Wahai saudara,"ujarnya,lalu menyambung,
"Saya ingin tahu siapakah yang tinggal di rumah ini?"
Maka dijawab pemotong kayu itu;
"Wahai orang muda!Saya kira tentu saudara tinggal di luar kampung ini,kerana sekalian penduduk di sini hinggkn kanak-kanak pun tahu bahawa ini ialah rumh seorang wali Allah Junaid namanya."

Demi setelah mendengarkan nama wali yang memang terkenal itu ia pun lantas menyesal atas perbuatannya terhadap wali itu. Tanpa berlengah-lengah lagi dia pun terus bergegas masuk ke rumah orang tua itu dengan maksud untuk memohon maaf darinya.Setelah mendapatkan Junaid,pemuda itu terus sujud di kakinya sambil menangis. Wali itu sedarlah akan tujuan pemuda itu datang kepadanya lalu memaafkannya. Sebagai berkat kemaafan wali itu serta sikapnya yang sangat penyantun lelaki itu akhirnya telah menjadi seorang pemuda yang soleh.

0 comments:

Post a Comment

a story of an old woman and the prophet Muhammad SAW~