no experience??

February 22, 2011

assalamualaikum semua..lama sudah saya tidak mengkhabarkn berita di sini..saya sihat-sihat sahaja alhamdulillah.. saya pasti kebanyakan pembaca blog saya tahu bahawa saya kini sedang menuntut di salah sebuah universiti di Mesir..ya.tempat yang kita dengar bergolak itu.

alhamdulillah hari ini, Allah bagi sedikit kelapangan waktu untuk saya menceritakan perihal kjeadian di saat itu.. seperti post saya yang terakhir sebelum ini,pda 27hb Februari saya telah pun berangkat ke Hurghada,salah sebuah pusat pelancongan yang utama di Mesir.Kami telah pun menempah tiket secara online di Easyjet.tapi malangnya terpaksa menempuh perjalanan sejauh 9jam untuk tiba di sana.tiket itu kami beli kerana harganya yang murah berbanding yang lain.

Namun tidak disangka-sangka keluarnya kami dari Mesir, satu tragedi yang besar bakal berlaku.

Tarikh 25hb Februari tidak asing untuk warga Mesir sebagai Hari Polis..Namun Hari Polis ini tidaklah menjadi kebanggaan bagi penduduk di Mesir.tahukah mengapa? kematian seorang pemuda bernama Khalid Said menyebabkan seluruh penduduk Mesir turut merasakan impaknya. Khalid Said meninggal dunia akibat dipukul anggota polis yang tidak bertanggungjawab.untuk membaca mengenainya dengan lebih lanjut. <klik>

Susulan dari kejayaan Tunisia memaksa presidennya, Presiden Zine al-Abidine Ben Ali untuk meletakkan jawatan menjadi pembakar semangat bagi rakyat Mesir untuk memulakan revolusi akibat ketidak puasan hati selama 30 tahun pemerintahan Hosni Mubarak.

Khamis malam Jumaat, 27hbJanuari, internet dan mesej-mesej mula di 'block' oleh kerajaan Mesir.walaubagaimanapun,talian telefon masih boleh digunakan.dan pada hari Jumaat, 28hb Januari bermulalah tunjuk perasaan besar-besaran di kebanyakan bandar besar di Mesir terutama di Dataran Tahrir.

Pelajar-pelajar Malaysia mula dipindahkan sedikit demi sedikit.Mereka-mereka yang berada di Kaherah dikumpulkan di ARMA manakala yang di Iskandariah dikumpulkan di bangunan MARA.Minggu pertama Februari, proses evakuasi bermula di Kaherah dan di Iskandariah.Pelajar-pelajar diangkut ke Jeddah dgn menaiki kapal terbang TUDM, MAS dan AIRASIA.

semua pelajr diberikan nombor giliran.Nombor ini menentukan masa untuk penerbangan mereka untuk tiba ke Malaysia dari Jeddah.Mereka diberikan penginapan yang selesa dan mendapat bekalan makanan yang cukup dari kerajaan Arab Saudi.

Alhamdulillah proses evakuasi terakhir dari Mansurah selamat tiba di lapangan terbang antarabangsa, KLIA pada 14 February 2011 dan alhamdulillah saya juga sendiri dapat penerbangan yang ditaja kerajaan untuk pulang ke Malaysia pada tarikh yang sama.

Kejatuhan satu demi satu kerajaan berupa monarki memberi satu petanda yang amat besar pada diri kita sebagai seorang muslim.Masyarakat islam tidak lagi gentar untuk menyuarakan hak-hak mereka dan menegakkan perkara-perkara yang hak.Moga-moga tidak lama lagi dengan berlakunya berbagai peristiwa sebegini akan bangkitnya semangat umat islam untuk bersatu menentang zionis dan tidak gentar menghadapi golongan kafir untuk menegakkan agma islam di bumi Allah ini.ALLAHUAKBAR!

Narrated Abu Said Al-Khudri:
"Allah's Apostle said, "A time will come upon the people, when a group of people will wage a holy war and it will be said, 'Is there amongst you anyone who has accompanied Allah's Apostle?' They will say, 'Yes.' And so victory will be bestowed on them. Then a time will come upon the people when a group of people will wage a holy war, and it will be said, "Is there amongst you a none who has accompanied the companions of Allah's Apostle?' They will say, 'Yes.' And so victory will be bestowed on them. Then a time will come upon the people when a group of people will wage a holy war, and it will be said, "Is there amongst you anyone who has been in the company of the companions of the companions of Allah's Apostle ?' They will say, 'Yes.' And victory will be bestowed on them."hadith bukhari.


SUMBER: gen 3 , bbc , arabist

0 comments:

Post a Comment

a story of an old woman and the prophet Muhammad SAW~