mari jalan2~

January 27, 2011

salam alyk..lama kot x menatap blog sendiri..anyway, insyaAllah kul 1 a.m nanti akan bertolak ke Hurghada..doakan keselamatan kami..mesir skarang tengah bergolak pasal tunjuk perasaan dan keadaan memang tengah tidak stabil.. time2 ni la saya dan kawan-kawan nak berjalan makan angin ke negara orang..Moga Allah bersama-sama kami...


Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami di-sisi-Mu dan sempurnakanlah kepada kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami ini..Ya Allah,permudahkanlah urusan kami, janganlah Kau uji kami dengan ujian yang berat untuk kami tempuhi..Dan janganlah Kau murka dengan apa yang kami lakukan..redhailah dan berkatilah perjalanan kami ini Ya Allah..moga perjalanan ini membawa seribu hikmah dan rahmat kasih-Mu atas kami hamba-hamba-Mu yang hina ini Ya Allah..ameen..

Doa Dan Adab Bermusafir
1.     Mungucapkan takbir  الله أكبر    tiga kali tatkala menaiki kenderaan.
2.     Membaca ayat 13 dari Surah Az-Zuhkruf :

{سُبْحانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِين}

Bermaksud: “Maha Suci Tuhan yang mengurniakan kepada kami kenderaan ini yang kami tidak sekali-kali mampu mengendalikannya  ( jika tidak dengan pertolongan dan izin-Mu)”.
3.     Seterusnya membaca doa musafir:
اللَّهُمَّ إنَّا نَسألُكَ فِي سفَرِنَا هَذَا البِرَّ وَالتَّقْوَى، وَمِنْ العَمَلِ ما تَرْضَى، اللَّهُمَّ هَوّنْ عَلَيْنا سَفَرَنَا هَذَا، وَاطْوِ عَنَّا بُعْدَهُ. اللَّهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِي السَّفَرِ وَالخَلِيفَةُ في الأهْلِ. اللَّهُمَّ إني أعُوذُ بِكَ مِنْ وَعْثآءِ السَّفَرِ   وكآبَةِ المَنْظَرِ وَسُوءِ المُنْقَلَبِ في المَالِ والأهْلِ والوَلَدِ
Bermaksud “ Wahai Tuhan-ku,sesungguhnya kami memohon darimu segala kebaikan dan ketaqwaan dalam perjalananku ini,dan segala amalan-amalan yang Engkau redhai,Wahai Tuhan-ku,permudahkanlah perjalanan ku ini dan dekatkanlah tempat yang jauh tersebut,Wahai Tuhan-ku,engkaulah penjaga dan penolong-ku dalam perjalananku dan tempat kami menyerahkan urusan keluarga kami.Wahai Tuhan-ku,aku mohon perlindungan-Mu dari kesusahan dalam perjalanan ini,kegelisahan diri dan kesudahan yang buruk pada harta,ahli dan anak.
4.     Seterusnya membaca ayat  85 dari Surah Al-Qasas:
{إِنَّ الَّذِي فَرَضَ عَلَيْكَ الْقُرْآنَ لَرَادُّكَ إِلَى مَعَادٍ}
Bermaksud: “Sesungguhnya Tuhan yang menurunkan Al-Quran akan mengembalikan-Mu ke tempat asalmu”.
5.     Apabila pulang semula ke rumah, hendaklah membaca semula  doa musafir di atas dan ditambah :
{آيِبُونَ تَائِبُونَ عَابِدُونَ لرَبِّنَا حَامِدُون}
Bermaksud:  “ Kami kembali dengan selamat, memohon taubat dari-Mu, akur sebagai   hamba-Mu  dan kepada-Mu sahaja  kami mengucapkan kesyukuran.

moga kalian semua mendapat manfaat dari entry ini.. =)

0 comments:

Post a Comment

a story of an old woman and the prophet Muhammad SAW~