British sedang minum arak..

January 27, 2011


Menjadi budaya orang tiada agama,apabila mereka berjaya,mereka akan raikannya dengan adakan satu parti secara besar-besaran. Di dalam majlis tersebut,perempuan-perempuan pelayan akan datang menghidangkan arak kepada tuan mereka. Lalu mereka bersama-sama mengangkat gelas arak yang berisi,ditujunya ke langit dan bersorak beramai-ramai;
champange!

Asalnya champange ini adalah nama sejenis arak ‘sparkling’ tapi setelah selalu digunakan oleh mereka,perkataan champange disebut sebagai tanda meraikan kejayaan dan sekarang,British sedang minum arak,”champange!” Persoalannya,apakah kejayaan yang sedang diraikan oleh mereka?
Pertama,’British Sedang Minum Arak’ itu ialah peribahasa baru yang saya reka yang memberi maksud segolongan manusia yang sedang bergembira dengan kejayaan mereka. ^^
Berbalik pada persoalan pokok artikel ini,apakah kejayaan yang sedang diraikan oleh British?
Kita buka balik buku sejarah,kita kaji balik apa yang telah dilakukan oleh British kepada negara kita pada suatu ketika dahulu. Ketepikan soal rampasan kuasa,eksploitasi sumber,kedatangan buruh-buruh luar dan penjajahan,sebaliknya kita fokus kepada apa yang telah mereka ‘sumbang’ untuk pembangunan negara kita seperti penubuhan sekolah Inggeris,pembangunan gereja,penggalakan penubuhan sekolah-sekolah pondok dan dasar pecah dan perintah.
Mungkin ketika itu,nenek moyang kita bersyukur dengan tertubuhnya sekolah Inggeris untuk bakal-bakal pemimpin,sekolah-sekolah pondok untuk bakal-bakal ustaz,tapi tahukah anda ada satu elemen pemikiran yang cuba diterapkan dalam pembinaan sekolah-sekolah tersebut? Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan idea saya tetapi terserahlah kepada diri masing-masing untuk menilainya.
Idea yang cuba diserapkan ke dalam minda kita ialah sekularisme. Sekularisme ialah sejenis pemikiran(fikrah) yang memisahkan antara dunia dan akhirat. Sebagai contoh,kepada sesiapa yang inginkan anaknya maju dalam bidang politik atau sains,mereka akan menghantar anak mereka ke sekolah Inggeris yang mana bila dilihat balik peraturan-peraturan di dalam sekolah ini,sememangnya ia memisahkan pelajar daripada agama.Sebagai contoh,sebuah sekolah yang terkemuka di Melaka,hanya pada tahun 2000++ membenarkan pelajar-pelajar perempuannya memakai tudung dan berpakaian menutup aurat. Bagi yang ingin anaknya menjadi pak imam,anak tersebut akan dihantar ke sekolah pondok yang mana siang dan malam,pengajiannya berkisarkan agama,tidak lebih dari itu.Alhamdulillah,sekarang baru dapat lihat wujudnya sekolah seperti Maahad Tahfiz Sains.
Setelah bertahun-tahun perkara ini diteruskan oleh pemimpin-pemimpin kita,idea sekularisme ini telah berjaya menyerap masuk dalam fikiran orang Malaysia secara sempurna,percaya atau tidak?Untuk mengesahkan kebenaran hipotesis ini,saya sediakan satu eksperimen untuk anda buat dan nilai sendiri.
Eksperimen pertama,di kedai kopi,bahan-bahannya ialah pakcik-pakcik yang sedang lepak hisap rokok dan main dam,lebih berkesan jika pakcik tersebut ‘ahli politik’ yang tegar. Cuba beritahu pakcik tersebut di dalam Al-Quran,Allah suruh lakukan hukum Qisas dan Hudud serta beritahunya juga bahawa anda ingin bina sebuah negara Islam.Perhatikan komen pakcik tersebut,saya sediakan beberapa contoh yang pernah saya dapat;
Jangan guna agama dalam politik,tak baik. 2 benda ni takleh campur.
Ha,ni mesti geng ijo!
Artikel ini tiada kaitan dengan pilihanraya DUN Tenang,saya tidak berpihak kepada mana-mana pihak.Cuma saya ingin jelaskan bahawa Islam itu adalah Ad-Din yang bermaksud cara hidup. Islam adalah satu-satunya agama yang memberi tunjuk ajar dalam setiap perbuatan kita hingga cara buang air kecil sekalipun. Kalau cara buang air kecil pun diajar dalam Islam,inikan pula cara berpolitik dalam Islam.
Ini bukan soal ‘geng ijo’ atau tidak,ini soal kefahaman kita terhadap Islam. Idea memisahkan politik dengan Islam bukanlah berasal dari Islam tetapi dicipta oleh barat supaya umat Islam yang masuk politik adalah dari golongan yang tiada fikrah Islam,tidak ada niat berjihad,takutkan mati dan cintakan dunia. Dengan cara tersebut,mereka masih mampu mengawal negara Islam secara tidak lansung dan mampu menjaga kepentingan mereka di negara tersebut.
Bukti bahawa Islam dan Politik tidak boleh dipisahkan ialah perkerjaan Rasulullah itu sendiri. Kerja sepenuh masa buat Rasulullah pastinya berdakwah tetapi kerja baginda nombor dua ialah pemerintah negara,pemerintah empayar Islam itu sendiri. Baginda lah yang memajukan Madinah,baginda lah yang meluaskan empayar Islam,baginda lah yang mengetuai peperangan, nah,inilah bukti bahawa politik dan islam adalah satu perkara yang tidak boleh dipisahkan.
Bahkan,bukan sahaja dalam politik,dalam belajar pun agama tidak boleh dipisahkan. Sebagai contoh,kita belajar tentang ‘Big Bang’. Bila dikaji bagaimana letupan tersebut terhasil,akhir sekali,ahli sains mengakui ada satu kuasa hebat yang menyebabkan letupan itu terhasil. Dalam penciptaan manusia juga,bila dikaji dari satu peringkat ke satu peringkat,ada satu kuasa hebat yang menyebabkan perkara itu berlaku. Jika difikirkan perkara tersebut tanpa berasaskan agama,saya percaya,orang tersebut sangat dekat dengan gila inseng.
Dalam bab bersukan sekalipun,agama tidak boleh dipisahkan. Rasulullah mengajar kita jenis-jenis sukan yang dibenarkan,cara-cara sukan yang diluluskan oleh Syarak dan sebagainya. Semuanya disebabkan ingin memudahkan manusia itu sendiri. Sebagai contoh, Islam mengasingkan sukan lelaki dan perempuan kerana perbezaan kekuatan yang terdapat di dalam diri manusia itu sendiri. Tak dinafikan,ada beberapa orang yang di luar batasnya,lebih kuat dari orang lain. Ada perempuan yang lagi kuat dari lelaki,tak dinafikan cuma golongan ini berapa peratus?
Jelas sekali,idea Sekularisme bercanggah dengan islam sama sekali. Untuk mengubah dunia secara mengejut,itu adalah mustahil tetapi ubahlah diri kita dahulu. Campurkan elemen Islam di dalam setiap tindak tanduk kita. Kita makan cara Islam,kita bergaul cara Islam,kita berjalan cara Islam,kita belajar cara Islam,kita berpolitik juga cara Islam dan tidak lupa,kita berblog,berbloglah dengan cara Islam sebab Islam itu Syumul(universal) dan Kamil(sempurna) sifatnya.
sumber : azzariyat 

0 comments:

Post a Comment

a story of an old woman and the prophet Muhammad SAW~