KEBESARAN JIWA CUCU RASULULLAH SAW

February 28, 2011

Saidina Hassan bin Ali adalah seorang tokoh islam yang sangat terkenal pada zaman dahulu.Sebagai seorang cucu Rasulullah SAW beliau adalah ibarat permata di zaman hidupnya juteru memiliki budi pekerti yang mulia lagi terpuji.Sikapnya ramah,penyantun,rendah hati dan dermawan pula.

Pada suatu hari, sedang Saidina Hassan r.a sedng duduk di muka pintu rumahnya tiba-tiba datang seorang arab badwi lalu mencercanya. Dia juga turut mencaci Nabi erta Saidina Hassan r.a. Anehnya Saidina Hassan hanya mendengar akan segala maki hamun orang itu tanpa sedikit pun berubah air mukanya atau membuat serang belas terhadap orang yang biadap itu.

Kemudian Saidina Hassan berkata kepada orang tersebut;
" Wahai Baduwi, adakah engkau lapar atau dahaga? atau adakah sesuatu yang merunsingkan hati engkau?"
Tanpa mempedulikan kata-kata Saidina Hassan r.a Baduwi itu terus memaki hamunnya.

Oleh itu, Saidina Hassan menyuruh pelayan rumahnya membawa kantung yang berisikan wang perak lantas diberikannya kepada Baduwi itu seraya berkata;
"Wahai Baduwi,maafkan saya kerana inilah sahaja yang saya miliki.Jika ada yang lebih tidak akan saya sembunyikan daripada kau"

Sikap dan layanan Saidina Hassan r.a akhirnya berjaya melembutkan hati Baduwi itu.Tiba-tiba Baduwi itu menangis serta sujud di kaki Saidina Hassan bin Ali r.a dan berkata;
"Wahai cucu Rasulullah SAW! Maafkan aku kerana berlaku kasar padamu.Sebenarnya aku berbuat begini hanyalah untuk menguji kebaikan budi pekertimu sebagai cucu Rasulullah SAW yang amat kukasihi.Sekarang yakinlah aku bahawa kau hai cucu rasulullah SAW sesungguhnya mempunyai pekerti yang mulia sekali!"

Demikianlah satu contoh keindahan budi pekerti yang tiada taranya.Orang yang kena maki hamun itu bukan sahaja dapat bersabar terhadap segala cubaan itu bahkan membalasnya pula dengan sikap yang lemah lembut serta pemurah.Jadi kawan-kawan cubalah menanam dalam diri sendiri keazaman untuk bersabar bila dilanda ujian.Moga cerita ini dapat diambil tauladan dan disemat dalam hati kita insyaAllah..=)

0 comments:

Post a Comment

a story of an old woman and the prophet Muhammad SAW~