KELEBIHAN HUZAIFAH BIN YAMAN

March 4, 2011

Huzaifah Al-Yamani adalah salah seorang sahabat Rasulullah SAW yang terkemuka. Kepadanya Rasulullah SAW telah memberikan suatu ilmu yang khusus untuk mengenali orang-orang yang munfik serta sifat-sifatnya yang tersembunyi. Huzaifah adalah salah seorang sahabat Rasulullah yang utama.Beliaulah yang pertama kali menyampaikan ilmu yang kemudian hari dikenali dengan nama ilmu tasawuf. Dalam hubungan ilmu ini, Huzaifah lah orang yang membuka jalan serta teori-teori ilmu tersebut.

Ada orang berkata kepada Huzaifah, " Kami lihat Tuan mengeluarkan kata-kata yang tidak pernah kami dengar dari salah seorang sahabat rasul yang lain. Ingin kami tanya dari manakah tuan memperolehinya?"

Maka jawab beliau, " Rasulullah SAW telah menentukannya kepadaku.Orang banyak bertanyakan Rasulullah SAW dari hal-hal yang baik, tapi aku menanyai baginda dari hal yang jahat, apa yang jahat itu dengan maksud agar mengetahuinya supaya aku dapat menjauhkan diri daripadanya. Sedang mengenai yang baik-baik aku tidak takut akan ketinggalan mengerjakannya.Sungguh siapa yang tidak mengenal kejahatan maka tidak akan mengenal kebaikan," demikian kata Huzaifah bin Yaman.

Dalam keterangannya yang lain,beliau diriwayatkan sebagai berkata," Banyak orang bertanya Nabi apa pahala mengerjakan itu dan ini.Mereka menanyai Rasul SAW darihal fadhilat-fadhilat amalan, tapi aku selalu bertanya Rasulullah apa yang merosakkan amalan itu dan ini seraya menanyakan pelbagai perbuatan yang akan merosakkan amalan-amalan."

Seorang ulama' terkenal pernah mengatakan bahawa Huzaifah Al-Yamani telah ditentukan mempunyai ilmu mengenai orang munafik. Beliau sendiri yang khusus mempunyai pengetahuan tentang sifat-sifat munafik, rahsia-rahsia yng ilmu dan faham-faham yang halus, dan mempunyai ilmu tentang keyakinan-keyakinan tersembunyi antara para sahabat Rasulullah SAW. Misalnya Saidina Umar Al-Khattab enggan menyembahyangkan jenzah seseorang yang kalau dilihatnya Huzaifah tidak turut menyembahyangkannya. Inilah kelebihan Huzaifah Al-Yamani,beliau mempunyai pengetahuan-pengetahuan tentang ilmu batin hingga beliau tahu siapa yang munafik dan siapa yang tidak..

0 comments:

Post a Comment

a story of an old woman and the prophet Muhammad SAW~