Blueberry cheesecake

July 4, 2011





Base


100 g biskut digestive (biskut marrie pun boley) >>
100 g mentega cair

1. Hancurkan biskut digestive (boley blend, senang koje)
2. 3. Tekan rata-rata dalam acuan bulat. Pastu simpan dalam peti sejuk sehingga ia keras.

ii. Adunan cheese

A. 500 g krim keju
110 g gula

B. 40 g tepung

C. 3 biji kuning telur
1 biji telur

D. 400 ml Plain yogurt

E. 3 biji putih telur
75 g gula

F. 30 g tepung jagung

Cara-cara :

1. Putar A hingga lembut. Tambah B hingga sebati.
2. Campur C dan putar hingga lembut dan tidak berbintil-bintil.
3. Campur D dan adun hingga rata.
4. Pukul E sehingga pekat. Tambah F dan adunkan. Tambahkan ke dalam adunan keju. Gaul sebati.
5. Tuangkan separuh adunan keju ke atas loyang dah ada base biskut tu tadi.
6. Letak air perahan limau(2-3biji)
7. Bakar pada suhu 150 darjah celcius selama 90 minit.
8. Biarkan ia sejuk dan simpan dalam peti sejuk semalaman.
9. Keluarkan kek keju dari acuan. Hiaskan dengan blueberry dia atasnya.
10. Siap!!!


Tips :

1. Letak Aluminium foil dalam loyang untuk senang keluarkan kek.
2. Letak dulang yang berisi adunan dalam dulang besar yang berisi air.
3. Lepas kek masak, jangan keluarkan dari oven. Biarkan ia sejuk dalam oven. Buka je pintu oven tu sikit. ( Ni untuk elakkan kek jadi pecah-pecah macam kerak kat bulan)


p/s: sy x letak pon aluminium foil n air tu..


kredit to ilani for the recipe~ :)

2 comments:

Cik Diela said...

wow, bez nyeee. :)

siRnaBieLa~@ said...

jgn lupe cube.. :) sedap dan senang~

Post a Comment

a story of an old woman and the prophet Muhammad SAW~