Aku ingin mencintaiMu~

April 22, 2011

Assalamualaikum wbt..Segala puji bagi Tuhan yang telah menciptakan kita dan memberi kita nafas untuk hidup hingga ke saat ini.Maha Suci Tuhan yang telah memberikan kita seribu rahmat dan keberkatan dalam setiap langkah yang kita aturkan.Dialah sebaik-baik perancang dan sebaik-baik tempat untuk kita meminta pertolongan.Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah SWT dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad SAW itu pesuruh Allah.Alhamdulillah.Alhamdulillah hari ini sudah hari Jumaat.Hari yang penuh barakah kan kawan-kawan.


Hari ini tiada tajuk penting pun hendak diperkatakan.Cuma ingin mengingatkan kawan-kawan serta diri saya sendiri yang banyak kelemahan ini supaya kita berbalik semula kepada ajaran islam yang hanif , memperbetulkan kembali yang mana kita rasa khilaf dan merapatkan kembali saf yang dilihat kekosongan.


"Katakanlah (ajarkanlah) wahai Muhammad, wahai ahli kitab, marilah kita (berpegang ) satu sahaja (dasar) antara kami dan kamu; (iaitu) dasar bahawa kita tidak (akan) menyembah (mengabdikan diri) kepada tuhan selain Allah, dan kita tidak akan menyekutukan-Nya dengan ssegala sesuatu dan tidak pula sesetengah kita (orang awam atau rakyat) menganggap sesetengah yang lain sebagai tuhan,selain daripada Allah. Dan seandainya mereka (masih) berdegil dan berkeras juga ,maka katakanlah kepada mereka: Persaksikanlah bahawa kami semuanya adalah orang islam ( yang menyerah diri sepenuhnya kepada Allah SWT)"
-surah Al-Imran; ayat 64-


Dunia hari ini menyaksikan berbagai-bagai ragam apabila islam itu sudah dipandang remeh. Ya kawan-kawan.Islam kini sudah kurang orang yang mempunyai kefahaman.Kerana apa saya katakan begitu? Sebab kebanyakan dari kita yang tahu dan faham konsep beriman dengan ajaran islam lebih banyak menyendiri dan tidak kurang menyebarkan ilmu yang mereka dapat.Orang-orang yang kurang ilmu yang bangkit dan berkata-kata walhal apa yang mereka katakan itu orang yang mendengar terasa ada khilafnya tetapi hanya mengangguk-angguk sahaja.Kalaulah orang yang faham itu benar-banar ada maka tidak akan ada orang yang berlindung dan tidak mahu turun untuk mencurahkan keringat untuk islam.Kerana mereka yang faham sepatutnya lebih tahu kepentingan mereka di mata masyarakat kini.


Kini, masyarakat lebih memerlukan anda semua.Siapa yang rasa ada ilmu di dada janganlah dirasakan;
" Ah, aku belum cukup lagi ilmu.."
" Aku tak layak..ramai lagi yang layak.."
" Malulah nak bercakap dan menegur orang lain "
dan macam-macam alasan lagilah..


"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang kafir itu, jika mereka berhenti (dari kekufurannya), nescaya akan diampunkan dosa mereka yang telah lalu dan jika mereka kembali lagi (ingkar maka Kami akan menyeksa mereka), kerana sesungguhnya telah berlakulah kebinasaan orang-orang (yang kufur ingkar) dahulu kala.Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah dan (sehingga) menjadilah agama itu seluruhnya (bebas) bagi Allah semata-mata. Kemudian jika mereka berhenti (dari kekufurannya dan gangguannya, nescaya mereka diberikan balasan yang baik) kerana sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang mereka kerjakan.Dan jika mereka berpaling (enggan beriman dan tidak berhenti daripada menceroboh) maka ketahuilah bahawasanya Allah Pelindung kamu; Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong (yang menyelamatkan dan menjayakan kamu)."
-surah Al-Anfal: ayat 38-40-


Kewajipan kita berdakwah itu jelas kerana terlalu banyak maksiat dan fitnah yang terjadi sekarang. Jikalau kita beragama islam, adakah kita mahu melihat agama yang kita sayang ini semakin lenyap ditelan zaman? Adakah kita mahu di akhirat kelak kita dipanggil dan disoal mengapa kita tidak menyumbang tidak bertindak serta hanya mementingkan diri sendiri? Adakah kawan-kawan mahu apabila kaki kalian ingin melangkah ke Jannah, ada rakan yang lain yang berpaut satu persatu menghalang anda dari masuk ke pintu yang anda tunggu-tunggu itu.Adakah anda tidak takut apabila saat itu tiba nanti? Jikalau kita masih ingin berdiam diri dan tidak ingin berbuat apa-apa untuk kemaslahatan agama kita ini, siapakahlah yang akan membantu menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini lagi? Tepuk dada tanyalah iman..


Saya bukanlah orang yang layak untuk berkata sebegini. Saya insan yang paling banyak khilafnya. Jadi saya mohon segala apa yang saya sampaikan moga dapat diambil sebagai perkongsian dan segala kekurangan itu adalah kesalahan saya sendiri. Maafkan atas segala penulisan yang dirasakan menyengat hati kawan-kawan sekalian.Sekian. Wassalamualaikum wbt.



0 comments:

Post a Comment

a story of an old woman and the prophet Muhammad SAW~