Cara-cara Menghalang Godaan Syaitan.. =)

July 4, 2011



Assalamualaikum wbt. harini nak share somthing yang saya baca.
Untuk tahu cara menghalang godaan syaitan, kita kena tahu juga dari pintu manakah syaitan-syaitan ni masuk dalam diri manusia.

Ada 10 pintu:
1) Tamak dan buruk sangka
- maka kita kena menghadapi dengan sifat menaruh kepercayaan dan berpada dengan apa yang ada

2) Cintakan kehidupan dunia dan panjang angan-angan
- kita hadapi dengan perasaan takut terhadap kedatangan maut yang boleh berlaku bila-bila masa

3) Cintakan kerehatan dan kemewahan
- kita hadapi dengan yakin bahawa kenikmatan itu akan hilang dan balasan buruk pasti akan datang

4) Kagum terhadap diri sendiri ('ujub)
- kita lawan dengan perasaan terhutang budi dengan Allah dan kepada akibat yang buruk

5) Memandang rendah terhadap orang lain dan tidak menghormati mereka
- kita hadapi dengan mengenali hak-hak mereka serta menghormati mereka secara wajar

6) Hasad dengki
- kita hadapi dengan sifat qanaah (berpada) dan redha terhadap kurniaan Allah pada makhluknya

7) Riya' dan sukakan pujian orang
- kita lawan dengan perasaan ikhlas

8) Bakhil (kedekut)
- kita hadapi dengan menyedari bahawa apa yang ada pada makhluk itu pasti akan binasa yang kekal hanya yang berada di sisi Allah sahaja

9) Takabbur (membesarkan diri)
- hadapilah dengan perasaan tawaduk

10) Tamak haloba
- hadapi dengan mempercayai ganjaran yang ada di sisi Allah dan tidak tamak terhadap apa yang ada di sisi manusia

Antara petua paling utama dalam melawan syaitan ialah dengan mengingati Allah apabila memulakan setiap pekerjaan.Tidak kiralah makan,minum, tidur mahupun pekerjaan kita sehari-hari.Mulakanlah dengan membaca basmalah dan sentiasa beringat bahawa Allah mengawasi setiap tindak tanduk kita walau dalam apa jua keadaan.



Seterusnya, antara amalan-amalan yang dapat dijadikan kubu pertahanan bagi menghadapi tipu daya dan godaan syaitan ialah dengan cara:

1) Jangan makan terlalu kenyang meskipun menghadap rezeki yang baik dan halal.
" Makanlah dan minumlah, tetapi janganlah kamu berlebihan "
surah Al-A'raf:ayat 7

" Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam tubuh anak Adam mengikut perjalanan darah.Oleh itu, sempitkanlah pintu masuknya dengan kelaparan "
hadith riwayat Ahmad

2) Membaca Al-Quran, berzikir mengingati Allah dan memohon keampunan sebagaimana yang disuruh Rasulullah SAW.
" Sesungguhnya syaitan itu meletakkan belalainya ke atas hati anak Adam, maka jika ia mengingati Allah ia pun lari daripadanya, jika sekiranya ia lupakan Allah, syaitan akan mengunyah hatinya. "
hadith riwayat Ibn Abi Dunya

3) Tidak tergopoh gapah dalam sebarang pekerjaan.
" Bergopoh-gapah ( terburu-buru ) itu adalah dari syaitan dan berhati-hati itu dari Allah SWT "

Okay, itu sahaja setakat perkongsian hari ini. Moga bermanfaat untuk kalian. =)

dipetik dari: Apa Ertinya Saya Menganut Islam karangan Fathi Yakan

3 comments:

cokelat said...

Menarik tips2 di atas tu ye.. :)

nabilaammar said...

moga kita sama-sama dapat manfaat~ :)

Inibelongeqa said...

iya ,, menarik tips d ats .. insyallah , mudhan kita manfaatkn (:

Post a Comment

a story of an old woman and the prophet Muhammad SAW~