KHUSYUK

August 18, 2011



Solat itu perkara asas dalam hidup seseorang muslim.. tapi sejauh manakah khusyuk dan kehadiran hati kita dalam solat itu sendiri? Dalam kesibukan yang dikejar di zaman sekarang, solat semakin dipandang enteng dan kadang-kadang diketepikan keutamaannya sedangkan dengan solat itulah kita dapat memanjangkan permintaan dan memohon keampunan kepada yang Maha Esa. Di sini, saya ingin kongsikan serba sedikit tentang khusyuk dalam solat.

Sabda Nabi Muhammad SAW:
"Sekiranya khusyuk hati jiwa-jiwa ini, tentulah khusyuk segala anggotanya." HR Hakim, Tarmizi

Sabda Nabi SAW tentang makna khusyuk..
"Tunduk dan tawadhuk serta ketenangan hati dan egala anggota kepada Allah SWT."

Perkara utama yang menjadi roh solat ialah : khusyuk, ikhlas, takut dan hadir hati dan ini menjadi sebab utama diterima solat seseorang itu.

Antara dalil-dalilnya:

"Segala mereka yang  telah beriman dan tetap jiwanya dengan menyebut Allah, ketahuilah olehmu, bahawa dengan menyebut Allah lah ( mengingti-Nya ) tenang segala hati."Surah Ar-Ra'd, ayat 28

"Bahawasanya segala mereka yang beriman dan mengerjakan segala amal soleh dan berkhusyuk kepada tuhan. Mereka itu adalah orang-orang yang mempunyai syurga; mereka kekal didalamnya. " Surah Hud. ayat 23

Jalan-jalan untuk menghasilkan khusyuk dalam solat:

1) menganggap diri kita berdiri dihadapan Yang Maha Berkuasa yang mengetahui segala rahsia.

2) memahami makna-makna yang dibaca( surah-surah ) dan memperhatikan maknanya.
" Maka apakah mereka tidak memahamkan Al-Quran? Ataukah hati-hati mereka terkunci? "
Surah Muhammad, ayat 24

3) memahami zikir-zikir yang dibaca, yakni memperhatikan maknanya, kandungan dan tujuan maksudnya.
Para ulama' berkata: untuk memperoleh pahala zikir, wajib mengetahui maknanya, walaupun dengan cara mengetahui tasbih dan tahmid itu, adalah untuk menta'dhimkan Allah, mengaku kesucianNya dan memujiNya.

4) hendaklah kita memanjangkan ruku' dan sujud.
Muhammad Al-Bakry berkata:
"Bahawasanya di antara pekerjaan yang menghasilkan khusyuk ialah memanjangkan ruku' dan sujud."

5) jangan mempermainkan anggota seperti membanyakkan gerakan tangan, menggaru-garu kepala dan berpaling-paling.

6) hendaklah tetap memandang ke tempat sujud, walaupun bermata buta ataupun bersolat disisi kaabah.

7) hendaklah menjauhkan diri dari segala yang membimbangkan hati.
Jangan bersolat di atas tikar sejadah yang berukir-ukir dan bergambr-gambar serta tidak solat dalam keadaan menahan air besar ataupun kecil.

Moga perkongsian ini bermnfaat untuk semua. :)

rujukan: Pedoman Solat - Prof Dr T.M. Hasbi Ash-Shiddieqy

0 comments:

Post a Comment

a story of an old woman and the prophet Muhammad SAW~