bencana alam..

December 14, 2010



salam alyk..Hari ni baca surat khabar..terdapat berita mengenai bencana alam di Mesir.. tahun ni,musim sejuk mula agak lambat berbanding tahun sebelumnya..memang dua tiga hari ni,kencang sangat angin even kat mansurah pun..macam nak terbang pun ade..so, mulalah ramai-ramai pun macam belon sorang-sorang kalau kat kuliah tu..dengan ribut dan hujan yang kuat kalau pokok boleh tercabut..rumah pun bolehlah runtuh kan..

plus,bila nak difikirkan..bangunan kat Mesir sume tinggi-tinggi..orang-orang arab suke menambah-menambah rumah..tapi mereka menambah ke atas..tapi kalau kita di Malaysia..sama ada ke tepi ataupun jika merubah landskap binaan asal perlulah diberitahu Majlis Perbandaran..bukan apa, risaukan keselamatan.bukannya menyekat..dari segi construction bangunan actually,nak bina bangunan tu tinggi mana perlulah ada kekuatan pasak yang berbeza..

kalau di sini, tiada sebarang tindakan akan diambil walau setinggi manalah bangunan rumah yang mereka ingin bina asalkan berduit.perbezaan kasta di sini menyebabkan walaupun bangunan bertingkat-tingkat..masih terdapat lagi insan-insan yang terpaksa tidur di tepi-tepi jalan..kalau musim panas, udara malam mestilah agak menyamankan..tapi kalau musim sejuk? 

tengok memang bersimpati tapi hanya dapat menolong sekadar termampu..pada kita yang dimudahkan rezeki dan kesenangan hidup perlulah kita saling membantu terutamanya saudara seagama kita, saudara seislam.  janganlah segan-segan untuk menghulurkan wang ringgit anda..kerana ingatlah wang itu rezeki dari Allah bukan untuk keperluan diri sendiri sahaja tapi untuk berbakti pada masyarakat jua..

kita sedekahkan al-Fatihah dan doakan agar orang-orang yang tertimbus berjaya diselamatkan..

.......................................................................................


Bencana alam ragut 31 nyawa di Mesir



PASUKAN penyelamat berusaha mencari mangsa yang masih hidup di celah runtuhan bangunan kilang di Iskandarian, 230 kilometer di utara Kaherah kelmarin. - REUTERS


KAHERAH 13 Dis. - Sekurang-kurangnya 31 orang maut dan berpuluh-puluh lagi cedera dalam runtuhan bangunan dan kemalangan jalan raya yang dikatakan berpunca daripada ribut pasir, hujan lebat serta angin kencang di seluruh Mesir.
Agensi berita rasmi MENA melaporkan, sebuah bangunan kilang yang runtuh di bandar raya pelabuhan, Iskandariah di utara negara ini mengorbankan sekurang-kurangnya tujuh orang dan mencederakan 10 yang lain.
Katanya, jumlah kematian itu mungkin meningkat kerana ramai lagi mangsa dipercayai masih terperangkap di bawah runtuhan.
Akhbar rasmi Al-Ahram mendakwa hujan lebat menjadi punca kerosakan pada struktur kilang yang menyebabkannya runtuhan itu berlaku.
Al-Ahram berkata, bangunan-bangunan lain juga runtuh atau rosak teruk akibat ribut yang membawa kepada kematian lain.
Akhbar itu yang menyatakan jumlah kematian keseluruhan seramai 31 orang turut menyenaraikan kematian-kematian dalam kemalangan jalan raya yang mempunyai hubung kait dengan faktor cuaca, termasuk satu kemalangan di mana sebuah lampu jalan jatuh di atas sebatang jalan.
Ribut pasir, hujan lebat dan angin kencang telah membadai Mesir beberapa hari lalu, di mana bahagian utara negara ini merupakan kawasan yang paling teruk terjejas.
Sekurang-kurangnya 10 pelabuhan di Laut Merah dan Mediterranean ditutup berikutan dilanda ribut.
Runtuhan bangunan kerap kali berlaku di Mesir yang sering dipersalahkan atas kerja-kerja pembinaan yang teruk dan kegagalan menguatkuasakan peraturan-peraturan bangunan.
Kemalangan jalan raya juga sering berlaku, dengan hujan dan darjah penglihatan yang kurang menyebabkan kebanyakan jalan yang berlopak di Mesir menjadi lebih berbahaya. - REUTERS

0 comments:

Post a Comment

a story of an old woman and the prophet Muhammad SAW~