hidayah~

December 7, 2010

salam alyk.. harini nak bercakap pasal tajuk hidayah..bukan nak cerita pasal kawan saya, Nurul Hidayah.. tapi cerita topik hidayah.. Hidayah ni milik Allah SWT semata-mata.. kalau ikutkan hati kita, kita nak je bagi hidayah ni kat sesiapa yang kita suka ataupun yang rapat dengan kita.. tapi even Nabi Nuh sendiri pun tidak dapat menyelamatkan anak dan isterinya kerana mereka tidak beroleh hidayah..


nway, firstly nak ceritanya, dalam Islam, hidayah (Arabهداية‎) dari segi bahasa ialah "petunjuk" atau "hadiah", manakala dari segi istilah ialah petunjuk Allah ke arah kebenaran. Allah menganugerahkan hidayah kepada sesiapa yang dikehendakinya agar beriman dan mentaati perintahnya.
Firman Allah:
فَمَن يُرِدِ ٱللَّهُ أَن يَهۡدِيَهُ ۥ يَشۡرَحۡ صَدۡرَهُ ۥ لِلۡإِسۡلَـٰمِ
Ertinya:
Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya, nescaya Dia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam. (Surah Al-An'aam: 125)

saya bawakan tajuk ini pada hari ini kerana terkilan mendengar cerita daripada sahabat-sahabat saya. SC seperti yang telah saya ceritakan sebelum ini adalah satu pembawakan berupa usrah bertujuan untuk membimbing mahasiswa-mahasiswi yang berada di bumi Mansurah, Mesir. Bila berkata tentang usrah sudah tentunya perkara utama yang nak dibawa ialah islam sendiri..

walaupun SC ialah salah satu program di bawah Perubatan Cawangan Mansurah( PCM ), ia tetap bermanhajkan al-Quran dan Sunnah.. apa yang saya kesalkan ialah apabila terdapat sesetengah dikalangan kita yang enggan menerima ilmu yang ingin disampaikan bahkan tidak ingin langsung berjumpa dengan senior-senior yang mengambil berat tentang mereka..

apabila kakak-kakak ingin mengajak untuk ber'SC', golongan ini akan mengelak dan kebanyakannya prefer untuk membuat SC di luar bertujuan untuk menghalang kakak SC mereka dari mengetahui lokasi rumah.. situasi ini sangatlah menyedihkan bagi sesiapa sahaja yang memahami kepentingan usrah dalam satu-satu komuniti..

terdapat juga suara-suara yang mengatakan..
" kakak, kita buat sekali sebulan jelah..bulan ni da buat..kita jumpa bulan depan plak ea.."

itu kalau pon dapat jumpa sekali.. kawan saya ada menceritakan bahawa dia sudah berkali-kali menelefon adik-adik SC tapi samada tidak diangkat ataupun hp itu dimatikan.. jadi kakak ini pun macam tidak mengapalah, dia pun berhajat untuk ke rumah mereka.. sesudah sampai, loceng pun ditekan.. apabila hampir 3 kali ditekan..sahabat saya ini terdengarlah bunyi kuakan pintu dan derapan kaki dari dalam.. sangkanya pintu itu akan dibuka.. sengaja dia berdiri di hadapan pintu supaya adik-adik nya yang didalam dapat melihat dirinya.. 

dia melihat ke dalam lubang mata di pintu dan dapat melihat anak mata adiknya dari dalam.. kemudian setelah beberapa ketika, terdengar pintu bilik ditutup semula.. kakak yang tidak berputus asa ini pun cuba menelefon adik-adik di dalam untuk memberitahu kehadirannya.. namun, telefon tidak diangkat.. dengan hampa, kakak ini pun meninggalkan buah tangan yang telah dibelinya di muka pintu dan berlalu pergi..

apakah perasaan kita apabila perkara sebegini terjadi? adakah mereka tidak menyukai kita? atau adakah mereka membenci apa yang ingin kita bawa? atau adakah mereka sebenarnya lebih membenci persatuan menyebabkan mereka tidak dapat menerima apa yang ingin kita sampaikan?

berbagai jenis persoalan menerpa minda.. sedih sekali apabila perkara sebegini berlaku dalam masyarakat kita.. seperti pepatah, kita memberinya air susu tetapi dibalasnya tuba.. 

diharapkan adik-adik yang berada di luar sana silalah berterus terang dengan kami.. adakah kalian membenci kami ataupun adakah kalian telah dibasuh supaya tidak menyertai program-program persatuan.. kami inginkan Allah bukakan hidayah dan beri taufiq untuk adik-adik menerima kami.. tapi apakan daya, hidayah itu milik Allah.. 

jadi kepada kakak-kakak janganlah berputus asa teruskan usaha kalian untuk berdakwah pada adik-adik.. kerana mereka amat memerlukan bimbingan kamu semua.. 

saudara saudari sekalian, mungkin kebanyakan dari mereka tidak ingin menerima islam kerana kesalahan kita sendiri yang tidak mampu untuk mencerminkan peribadi muslim yang sesuai dengan yang dituntut oleh agama yang hanif ini.. 


Jadi, tunjukkanlah perilaku muslim sejati yang boleh mencerminkan islam yang sebenar sejajar dengan syariat.. contohilah Baginda Rasulullah SAW yang tidak pernah berputus asa dalam berdakwah.. walaupun telah ditimpa berbagai jenis ancaman dan cabaran Baginda tetap meneruskan dakwahnya dengan ikhlas demi menegakkan agama islam tercinta..


Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya:
"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."


source : pesona islam , rie-riee , wiki 


0 comments:

Post a Comment

a story of an old woman and the prophet Muhammad SAW~